Pakar jantung pantau azizulhasni di Sukan Olimpik Paris

Pakar jantung pantau azizulhasni di Sukan Olimpik Paris


KUALA LUMPUR- Pakar jantung Institut Jantung Negara (IJN) Datuk Seri Dr Jeffrey Jeswant Dillon akan dibawa ke Paris bagi memantau kesihatan jaguh trek berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Ahmad Faedzal Md Ramli berkata, Dr Jeffrey akan menyertai kontinjen negara bersama pasukan perubatan ISN semasa temasya Sukan Olimpik Paris 2024 bermula akhir bulan ini.

Katanya, ia adalah inisiatif tambahan ISN untuk memastikan tahap kesihatan dan keselamatan Azizulhasni dijaga dan dipantau rapi.

“Langkah yang kita lakukan ini amat penting untuk memantau keadaan jantung Azizulhasni sekiranya berlaku sebarang insiden yang tidak diingini,” katanya di sini hari ini.

Jaguh berbasikal yang dikenali dengan julukan The Pocket Rocketman itu sebelum ini mengalami masalah jantung jarang ditemui dikenali sebagai arteri koronari kanan yang menyalur dari aorta di posisi janggal atau ganjil (AAORCA).

Beliau terpaksa menjalani pembedahan pembetulan selama tiga jam pada 21 April 2022 untuk penyakit tersebut.- MalaysiaGazette

 

 



Source link

OR

Scroll to Top