Palestin tewas kepada Jordan di Cheras

Palestin tewas kepada Jordan di Cheras


HASRAT Palestin untuk melakar kemenangan pertama Kumpulan B Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia tidak kesampaian apabila tewas 1-3 kepada Jordan pada Selasa.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras tersebut disaksikan 3,012 penonton menyaksikan penguasaan Jordan.

Jordan kendalian Jamal Sellami terlebih dulu memimpin perlawanan menerusi jaringan Yazan Al-Naimat seawal minit kelima.

Bagaimanapun Palestin asuhan Makram Daboub tidak mengalah menyamakan kedudukan menerusi tandukan Wessam Abou Ali minit ke-41.

Jordan kemudian kembali mendahului sekali menerusi Yazan pada minit ke-51 yang memanfaatkan kelekaan pertahanan lawan.

Bintang import Selangor FC, Noor Al-Rawabdeh kemudian melebarkan kedudukan Jordan menerusi jaringan minit ke-72 untuk kedudukan 3-1.

Palestin selepas ini akan berdepan Iraq di Stadium Antarabangsa Basra pada 11 Oktober manakala Jordan melayan kunjungan Korea Selatan di Stadium Antarabangsa Amman, sehari sebelum itu.


KEPUTUSAN

Pusingan Ketiga

Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia

Kumpulan A

Korea Utara 2-2 Qatar

Kyrgyzstan 2-3 Uzbekistan

Kumpulan B

Oman 1-3 Korea Selatan

Palestin 1-3 Jordan

Kumpulan C

Indonesia 0-0 Australia

China 1-2 Arab Saudi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Source link

OR

Scroll to Top