Pelakon Kamal Adli menegaskan punca keretakan rumah tangganya bukan disebabkan orang ketiga mahupun berlaku curang.
Memetik mStar Online, Kamal menegaskan dia tiada orang lain dan dia hanya ada isterinya sahaja iaitu pelakon Uqasha Senrose.
BACA: Hadiahkan Telekung, Kamal Adli Pujuk Uqasha
“Paling penting saya nak beritahu disini saya tak curang. Saya tak ada orang lain. Saya tak ada sesiapa pun. Saya hanya ada dia (isteri) dan anak saya sahaja, okay?” katanya.
Sementara itu, Kamal turut menafikan dakwaan dia pernah bertindak kasar terhadap Uqasha seperti yang tular di media sosial serta meminta bukti jika ianya benar.
“Itu dakwaan saja bukan? Tak payahlah. Buktikanlah kalau betul, tak perlu benda-benda macam tu. Itu hal dalam kain. Apa pun saya sayang dia, itu saja yang paling penting,” katanya.
Dalam pada itu, Kamal berkata dia merindukan isterinya kerana sudah lama tidak bertemu dan telah disekat oleh Uqasha sejak 27 September lalu.
“Kami dah lama tak berjumpa. Terus terang saya sangat merindui isteri saya. Lama kami dah tak berjumpa sejak dia menyekat saya di telefon dan media sosial,” katanya.
Sumber: mStar Online





