Palmero sudah tiada kelab

Palmero sudah tiada kelab

Palmero sudah tiada kelab


PEMAIN warisan Harimau Malaya, Gabriel Palmero kini berstatus ejen bebas selepas CD Tenerife menamatkan kontraknya susulan keputusan rayuan Persatuan Bolasepak malaysia (FAM) yang ditolak oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FAM) berhubung isu pemalsuan dokumen.

Perkara itu diumumkan menerusi kenyataan rasmi kelab Sepanyol berkenaan yang turut mengesahkan penamatan kontrak pinjaman Palmero ke Unionistas de Salamanca CF.

Pengumuan tersebut sekali gus menjadikan pertahanan kiri berusia 23 tahun itu tanpa kelab.

“Gabriel Palmero telah ditamatkan kontrak pada 7 November melibatkan perpindahan pinjaman ke Unionistas de Salamanca CF dan kontrak asal bersama CD Tenerife,” menurut kenyataan Tenerife.

Unionistas de Salamanca juga mengesahkan penamatan tersebut, selain menyatakan penghargaan buat Palmero atas khidmatnya selama lima bulan bersama pasukan.

Palmero serta enam lagi pemain berdarah warisan digantung oleh FIFA selepas didapati memalsukan dokumen bagi mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa.

Turut digantung ialah Rodrigo Holgado, Facundo Garces, Jon Irazabal, Joao Figueiredo, Hector Hevel dan Imanol Machuca.

Sebelum ini, FIFA sudahpun menolak rayuan FAM sekali gus mengekalkan semua hukuman denda RM1.8 juta kepada badan induk itu termasuk penggantungan 12 bulan serta denda RM10,374 kepada setiap pemain.

Bagaimanapun, FAM mengesahkan mereka sudah memohon alasan bertulis daripada FIFA dan akan meneliti langkah susulan termasuk kemungkinan membawa kes itu ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

 

Ringkasan AI

  • Gabriel Palmero kini ejen bebas selepas CD Tenerife putus kontrak
  • Pemutusan kontrak ikut susulan isu pemalsuan dokumen dengan FAM
  • Pemain berusia 23 tahun itu tanpa kelab selepas penamatan kontrak pinjaman ke Unionistas de Salamanca CF
  • FIFA gantung Palmero dan enam pemain berdarah warisan atas pemalsuan dokumen untuk wakil Malaysia
  • FAM kena denda RM1.8 juta dan sedang pertimbang bawa kes ke CAS



Source link

OR

Scroll to Top