Panggilan ‘Baby Sayang’ Tertera Di Skrin Telefon, Tracie Sinidol & Hariz Hamdan Hangat Bercinta?

Panggilan ‘Baby Sayang’ Tertera Di Skrin Telefon, Tracie Sinidol & Hariz Hamdan Hangat Bercinta?


Tindakan pelakon Tracie Sinidol berkongsi sepotong video pendek menerusi hantaran di media sosial miliknya baru-baru ini menyorot perhatian ramai.

Ia susulan, nama ‘baby sayang’ yang tertera pada skrin telefon bimbitnya beserta foto milik jejaka berkenaan yang didakwa juga seorang pelakon, Hariz Hamdan.

“Nervous pula ni,” tulisnya pada hantaran berkenaan.

Menerusi video berdurasi lebih dua minit itu, individu lelaki berkenaan mengajak aktres filem Malaikat Malam itu untuk menghadiri rumah terbuka keluarganya.

“Baby, my mom nak buat open house and then i was thingking of i nak invite you. So, would you come over?

“Harini, my mom very-very wants to see you. Boleh?

“Tak payah lah nervous. Just, pakai cantik-cantik, makeup cantik-cantik, confirm my mom will love you. See you later,” katanya.

Mengakui berasa gementar, Tracie bagaimanapun berkongsi proses solekan yang akan dikenakannya sebelum hadir ke rumah terbuka berkenaan.

Walaupun mengakui berasa gementar, Tracie turut berkongsi persiapan solekan yang bakal digayakannya sebelum menghadiri majlis tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mula berteka-teki sama ada hubungan mereka benar-benar serius atau sekadar gimik pemasaran.

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telahpun meraih lebih 2 juta tontonan dan menerima lebih 77,000 tanda suka sejak ia dimuat naik.



Source link

OR

Scroll to Top