Parodi ‘Jamilah’ Viral, Datuk Red Tak Kisah Digelar Badut

Parodi ‘Jamilah’ Viral, Datuk Red Tak Kisah Digelar Badut


Datuk Red berkata dia teruja apabila video parodi ‘Jamilah’ meniru gaya pelakon Que Haidar tular dan menjadi perhatian ramai.

Memetik mStar Online, bekas suami kepada Adira itu turut meluahkan rasa syukur selepas video tersebut tular dia menerima banyak tawaran reviu.

BACA: “Terus Kuat, Belum Tamat Lagi” -Datuk Red Beri Semangat Buat Kamal Adli

“Alhamdulillah saya dah minta izin dan mohon maaf pada Que. Maklum balas daripada video tersebut cukup positif. Saya dapat banyak tawaran reviu selepas video saya viral. Que pun kata bagus, Datuk Adi Putra pun ada komen, saya rasa okay saja,” katanya.

Sementara itu, Datuk Red berkata video tersebut dibuat untuk hiburan semata-mata dan tidak kisah digelar badut kerana niatnya untuk mencari rezeki.

“Saya buat sekadar nak berseronok. Saya buat versi tak kacak dan tak kisah digelar badut. Orang boleh cakap apa saja kerana niat saya hanya nak cari rezeki.

“Lagipun saya faham ramai orang sedang berdepan masalah dan kalau mereka terhibur dengan kandungan yang dihasilkan, saya tumpang gembira,” katanya.

Dalam pada itu, Datuk Red berkata ada syarikat atau pengasas produk yang meminta untuk menghasilkan konten dengan tontonan tinggi dan dia mengambil peluang untuk menambah pendapatan.

“Saya ada banyak hutang lagi yang perlu dijelaskan. Tambah pula masa saya semakin suntuk dengan usia sekarang. Tapi saya percaya dengan setiap aturan Allah,” katanya.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top