Pasangan remaja ditahan, dipercayai buang bayi di parkir surau di Skudai

Pasangan remaja ditahan, dipercayai buang bayi di parkir surau di Skudai


jashadiqe@nst.com.my

Johor Bahru: Polis Johor menahan pasangan kekasih remaja hari ini kerana dipercayai membuang bayi perempuan mereka yang baru dilahirkan di parkir sebuah surau di Taman Universiti, Skudai, Sabtu lalu.

Remaja lelaki berusia 18 tahun dan teman wanitanya berusia 19 tahun ditahan pada jam 2.15 pagi tadi di Taman Universiti.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha berkata, kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap mereka adalah negatif.

“Polis dijangka mendapatkan perintah reman untuk menahan pasangan tersebut bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana meninggalkan anak dengan niat untuk menyembunyikan kelahiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jika sabit kesalahan, hukuman bagi jenayah tersebut boleh membawa kepada penjara sehingga tujuh tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

Bayi berkenaan ditemukan jemaah surau terbabit dalam keadaan masih ada tali pusat dan dibalut dengan tuala pada jam 7.33 malam Sabtu lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top