PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 8.35 mata kepada 1,511.64 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,519.99 pada penutup Isnin.
Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,518.82.
Jumlah dagangan sebanyak 3.03 bilion unit bernilai RM1.93 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 539 berbanding 353, dengan 495 kaunter tidak berubah dan 1,029 tidak diniagakan.
Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan meningkat sebanyak 3.64 mata atau 0.12 peratus kepada 2,950.30 ketika berita ini ditulis.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun naik 225.41 mata atau 0.59 peratus kepada 38,536.74 manakala indeks STI Singapura jatuh12.12 mata atau 0.11 peratus kepada 10,151.42. – UTUSAN