Pasukan futsal, bola sepak orang pekak sasar emas

Pasukan futsal, bola sepak orang pekak sasar emas


KOTA BHARU – Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Kelantan (KelSDeaf) menyasarkan emas pada Kejohanan Futsal dan Bola Sepak Orang Pekak Malaysia 2024 yang akan berlangsung bermula Jumaat ini.

Pengerusi KelSDeaf, Saiful Helmie Dzamani berkata, sasaran itu diyakini mampu dicapai berdasarkan penilaian prestasi semasa pasukannya yang dilihat dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

“Atlet seramai 14 orang pekak akan bertolak ke Kuala Terengganu bagi menyertai kejohanan futsal kali keempat diadakan di stadium negeri itu pada 6 hingga 10 September ini.

“Selepas itu, 20 atlet orang pekak lagi akan membuat persiapan untuk ke kejohanan bola sepak kali ke-11 di Kuantan, Pahang pada 29 September hingga 5 Oktober ini,” katanya pada sidang akhbar pada Majlis Penyerahan Jersi Rasmi Tajaan Zas Homes kepada Pasukan Futsal Orang Pekak, di Kubang Kerian, di sini, pada Isnin.

Penyerahan jersi oleh Muhammad Azrimi (dua dari kiri) kepada Kepten Pasukan Futsal Orang Pekak, Mohammad Rahmatuddin Mhd Huzaizi (dua dari kanan) sambil diiringi Saiful Helmie (kiri) dan Mohd Firdaus.

Penyerahan jersi oleh Muhammad Azrimi (dua dari kiri) kepada Kepten Pasukan Futsal Orang Pekak, Mohammad Rahmatuddin Mhd Huzaizi (dua dari kanan) sambil diiringi Saiful Helmie (kiri) dan Mohd Firdaus.

Sementara itu, Mohd Firdaus, berkata, kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM10,000 kepada KelSDeaf untuk menyertai kedua-dua kejohanan tersebut.

“Peruntukan diberikan masing-masing sebanyak RM5,000 untuk futsal dan bola sepak.

“Kami berharap bantuan ini akan dapat membantu pasukan untuk memperoleh kejayaan di kejohanan itu nanti,” ujar beliau.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Source link

OR

Scroll to Top