Pasukan UNIFIL bunyikan siren amaran tahap 3

Pasukan UNIFIL bunyikan siren amaran tahap 3


Ankara: Siren amaran bahaya tahap 3, yang menandakan risiko teruk, dibunyikan pada Ahad di pusat misi pasukan pengaman PBB (UNIFIL) di bandar Maarakeh, daerah Tyre, selatan Lubnan, lapor Agensi Anadolu yang memetik Agensi Berita Kebangsaan Lubnan (NNA).

Menurut NNA, amaran itu dikeluarkan ketika ketegangan di kawasan itu masih tinggi dengan pertempuran dan serangan rentas sempadan masih berterusan antara pasukan Israel dan kumpulan tempatan.

Kakitangan UNIFIL dan penduduk tempatan berada dalam keadaan berjaga-jaga kerana situasi keselamatan di selatan Lubnan semakin meruncing.

Israel melancarkan kempen udara besar-besaran di Lubnan sejak akhir bulan lepas terhadap sasaran yang didakwa sebagai markas Hizbullah, mengorbankan lebih 1,500 orang dan menyebabkan lebih 1.34 juta orang kehilangan tempat tinggal.

Pertempuran rentas sempadan antara kedua-dua pihak berlarutan sejak perang Gaza pada Oktober lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top