Patimah Ismail Puji Nur Fazura Ikhlas Dalam Persahabatan, Netizen Dakwa Ayat ‘Kejarlah Kalau Sayang’ Tuju Pada Que Haidar?

Patimah Ismail Puji Nur Fazura Ikhlas Dalam Persahabatan, Netizen Dakwa Ayat ‘Kejarlah Kalau Sayang’ Tuju Pada Que Haidar?

Patimah Ismail Puji Nur Fazura Ikhlas Dalam Persahabatan, Netizen Dakwa Ayat ‘Kejarlah Kalau Sayang’ Tuju Pada Que Haidar?


Isteri kepada pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail mencuri tumpuan apabila menunjukkan sokongan secara terbuka kepada selebriti jelita, Nur Fazura.

Menerusi perkongsian di platform Threads miliknya, Patimah dilihat aktif membalas ciapan yang berkongsi tentang Fazura.

Dalam ciapan tersebut, Patimah menyifatkan Fazura seorang wanita yang tidak takut untuk bersama seseorang, kerana keperibadiannya yang ikhlas dalam sebuah persahabatan.

“Fazura tak takut bersama sebab dia ikhlas dalam persahabatan,” katanya.

Bukan itu sahaja, Patimah turut meninggalkan komen pada ciapan individu lain yang dipercayai memuat naik foto Fazura bersama sahabatnya, Que Haidar menggunakan teknologi Artificial Intelligence (AI).

Menurut Patimah, Que seharusnya mengejar Fazura sekiranya dia benar-benar mahu bersama selebriti itu.

“Dia akan terus berjalan, kejarlah kalau sayang,” katanya.

Sebelum ini, suaminya, Datuk Yusof Haslam memaklumkan sudah ‘merisik’ Fazura dan Que untuk bergandingan dibawah Skop Productions dalam sebuah filem yang bakal diarahkan oleh anaknya, Syafiq.

Artikel Berkaitan: Yusof Haslam ‘Risik’ Que Haidar, Fazura Berlakon Filem Di Bawah Arahan Syafiq – “Mereka Gembira, Sedia Berbincang Lanjut”



Source link

OR

Scroll to Top