Patut bangga JDT wakili negara, sumbang mata ranking AFC MA – TMJ

Patut bangga JDT wakili negara, sumbang mata ranking AFC MA – TMJ


PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menegaskan peminat bola sepak negara sepatutnya berbangga Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi satu-satunya kelab dari Malaysia yang masih kekal bersaing dalam Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) dan menyumbang mata ranking AFC MA.

Baginda yang juga pemilik JDT berkata, sebaliknya berlaku apabila terdapat sesetengah pihak yang mahu JDT keluar dari Liga Malaysia (Liga-M) kerana didakwa menjadi penyebab saingan liga suram.

“Kitalah satu satunya kelab. Patut yang ada berasa bangga kita mewakili negara, Asia Tenggara dan memberi sumbangan dalam AFC MA Ranking.

“Ini tidak, nak kami keluar dari liga dan ‘condemn’ liga sendiri pasal tak puas hati,” kata baginda dalam satu hantaran di laman InstaStory miliknya pada Rabu.

JDT terus menunjukkan taring dalam saingan ACLE apabila menundukkan wakil Australia, Central Coast Mariners 2-1 dalam aksi kumpulan di Stadium Central Coast, New South Wales pada Selasa untuk mencerahkan peluang mara ke pusingan seterusnya.

Kejayaan itu juga menyaksikan kedudukan Malaysia berada di atas Australia dan Vietnam dalam mata ranking AFC MA.

Tunku Mahkota Ismail turut menyelar sikap sesetengah pihak yang mudah menyalahkan JDT yang menjadi punca saingan Liga-M kurang sokongan.

“Pasukan sendiri dan orang dalam pengurusan masing masing yang tak betul dengan pelbagai isu, salahkan liga dan badan induk.

“You manage your funds, perancangan pasukan, pembangunan, dan infrastruktur tak betul, tapi ambil jalan mudah salahkan orang lain. Loser mentality dan tak bertanggungjawab,” ujar baginda.



Source link

OR

Scroll to Top