PDRM FC kembali meraih tiga mata apabila menjinakkan Terengganu FC, 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada Sabtu.
Gol minit ke-48 yang dijelmakan Imran Samso membolehkan The Cops mengumpul 27 mata manakala Sang Penyu pula kekal 32 mata masing-masing selepas mengharungi 23.
Di Stadium Majlis Perbandaran Manjung pula, Sri Pahang berjaya membawa pulang tiga mata selepas menewaskan Perak FC dengan jaringan, 1-0.
Pemain gantian, T Saravanan, muncul wira Tok Gajah kendalian Fandi Ahmad apabila jaringan minit ke-82 cukup membolehkan The Bos Gaurus bimbingan Yusri Che Lah berputih mata di laman sendiri.
Di utara pula, Sabah FC mencuri satu mata ketika berkunjung ke Stadium Darul Aman apabila terikat 1-1 menentang Kedah Darul Aman FC.
Amirul Hisyam Awang Kechik terlebih dulu membolosi gawang Sabah hasil daripada sepakan penalti pada minit ke-16 separuh masa pertama.
Bagaimanapun Darren Lok muncul penyelamat The Rhinos apabila jaringan minit ke-62 membolehkan kelab dari Kepulauan Borneo itu kekal di tangga ketiga liga dengan 40 mata selepas mengharungi 32 perlawanan.
Sementara itu, Kedah Darul Aman pula yang dipotong tiga mata sebelum permulaan liga kekal di tangga ke-11 dengan 21 mata.
OR