PDRM umum pertukaran empat pegawai kanan

PDRM umum pertukaran empat pegawai kanan


KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran empat pegawai kanannya berkuat kuasa 18 November depan.

Setiausaha PDRM, Datuk Kamaruzaman Abdullah menerusi kenyataan memaklumkan,  Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Deputi Komisioner (DCP) Datuk Mohd Yusoff Mamat dilantik sebagai Ketua Polis Kelantan.

Beliau memangku jawatan dengan memakai pangkat Komisioner Polis (CP) menggantikan Datuk Muhamad Zaki Harun yang bersara wajib pada 31 Ogos lepas.

Selain itu, Senior Asisten Komisioner (SAC) Gerakan Bahagian Gerakan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, M.V. Sri Kumar Madhavan Nair menggantikan Mohd Yusoff dengan memangku pangkat DCP.

Kamaruzaman berkata, Pegawai Turus Pendataan/Analisa Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, Selangor, Supt Norhizam Bahaman dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Sepang dengan memangku pangkat Asisten Komisioner (ACP).

Dalam pada itu,  Ketua Polis Daerah Besut, Terengganu, Supt Abdul Rozak Muhammad ditukarkan ke Daerah Timur Laut, Pulau Pinang dengan memangku pangat ACP. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top