Pearly–Thinaah buka langkah kanan di Perancis

Pearly–Thinaah buka langkah kanan di Perancis


Pearly–Thinaah mara ke pusingan kedua Terbuka Perancis selepas atasi cabaran Yin-hui–Jhih Yun di Glaz Arena, Cesson-Sévigné.

BEREGU badminton wanita negara, Pearly Tan–M Thinaah membuka kempen Terbuka Perancis Super 750 dengan langkah kanan selepas menewaskan gandingan Hsu Yin-hui–Lin Jhih Yun dari Taiwan pada aksi pusingan pertama di Glaz Arena, Cesson-Sévigné, malam Rabu.

Pearly–Thinaah berstatus naib juara dunia itu menampilkan persembahan bertenaga untuk mencatat kemenangan 21-16 set pertama.

Namun set kedua Yin-hui-Jhih Yun bangkit mengikat kedudukan apabila menang 24-22 sebelum Pearly-Thinaah kembali garang dengan kemenangan 21-12 dalam masa 47 minit, sekali gus meraih kemenangan pertama ke atas pasangan Taiwan tersebut dalam rekod pertemuan.

Sementara itu, cabaran perseorangan lelaki, Leong Jun Hao pula berakhir apabila tumpas kepada pemain Denmark, Viktor Axelsen, 21-16, 21-15 dalam masa 43 minit.

Kekalahan itu menyaksikan Jun Hao kini ketinggalan 0–2 dalam rekod pertemuan menentang Axelsen.

Sementara itu, pemain perseorangan wanita negara, K Letshanaa terpaksa akur selepas tewas kepada wakil India, Unnati Hooda, dalam aksi tiga set sengit.

Letshanaa bermula cemerlang dengan kemenangan 21-11 pada set pertama, namun lawannya bangkit untuk menamatkan perlawanan dengan keputusan 21-13, 21-16 dalam tempoh satu jam tiga minit.

Sementara itu, pasangan Go Pei Kee–Mei Xing terpaksa menarik diri selepas Pei Kee mengalami kecederaan buku lali kiri ketika sesi latihan terakhir menjelang perlawanan.

Ringkasan AI

  • Beregu badminton wanita negara, Pearly Tan–M Thinaah, membuka kempen Terbuka Perancis Super 750 dengan kemenangan ke atas Hsu Yin-hui–Lin Jhih Yun dari Taiwan
  • Pearly–Thinaah menang dengan keputusan 21-16, 22-24, 21-12 dalam masa 47 minit
  • Leong Jun Hao kalah kepada pemain Denmark, Viktor Axelsen, dengan keputusan 21-16, 21-15
  • K Letshanaa kalah kepada wakil India, Unnati Hooda, dalam aksi tiga set 21-11, 13-21, 16-21
  • Pasangan Go Pei Kee–Mei Xing terpaksa menarik diri akibat kecederaan Pei Kee



Source link

OR

Scroll to Top