16 November 2025 02:20pm
Masa membaca: 4 minit

Pearly-Thinaah muncul juara Kumamoto Masters pada Ahad. Foto: Agensi
[DIKEMAS KINI] BEREGU badminton wanita utama negara Pearly Tan-M.Thinaah membuktikan keampuhan mereka di pentas antarabangsa apabila merangkul gelaran ketiga musim ini selepas muncul juara Masters Jepun 2025 di Kumamoto pada Ahad.
Pada pertembungan akhir di Gimnasium Kumamoto Prefectural itu, pilihan utama kejohanan bertaraf Super 500 berkenaan dipaksa berhempas pulas sebelum mengetepikan beregu tuan rumah yang juga pilihan keempat, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi 22-20, 21-19 dalam tempoh 54 minit.
Kejayaan tersebut mengukuhkan rekod cemerlang Pearly-Thinaah yang kini merekodkan tujuh kemenangan daripada sembilan pertemuan menentang pasangan Jepun yang menghuni ranking ketujuh dunia itu.
Gandingan ranking kedua dunia itu meraih gelaran pertama mereka tahun ini pada kejohanan Terbuka Thailand pada Mei, diikuti Terbuka Artik di Vantaa, Finland bulan lepas. – Bernama
Ringkasan AI
- Pearly Tan-M Thinaah meraih gelaran BWF ketiga musim ini apabila muncul juara Kumamoto Masters 2025 di Jepun pada Ahad
- Kejayaan itu dicapai dengan menewaskan beregu tuan rumah dan pilihan keempat kejohanan, Rin Iwanaga dan Kie Nakanishi
- Pearly-Thinaah yang juga pilihan pertama kejohanan menang 21-7, 21-9 dalam tempoh 54 minit
- Naib juara Kejohanan Dunia 2025 itu meraih gelaran pertama mereka tahun ini dalam kejohanan Terbuka Thailand pada Mei, diikuti Terbuka Artik di Vantaa, Finland bulan lalu






