July 27, 2024

Pearly-Thinaah jumpa beregu nombor satu dunia di suku akhir

Pearly-Thinaah jumpa beregu nombor satu dunia di suku akhir


BEREGU wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah meneruskan kemaraan dalam Terbuka Indonesia Super 1000 dengan melangkah ke suku akhir di Istora Senayan, Jakarta pada Khamis.

Pearly-Thinaah mara selepas mengejutkan pilihan kesembilan, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silvia Ramadhanti yang juga wakil tuan rumah dalam pertarungan straight set 21-18, 21-19 dalam masa 49 minit.

Kemenangan itu membolehkan mereka berdepan pilihan pertama dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan yang juga gandingan nombor satu dunia setelah menyingkirkan cabaran wakil dari Perancis, Margot Lambert-Anne Tran, 21-17, 21-19 dalam aksi 41 minit.

Gandingan ranking ke-13 dunia itu yang merupakan taruhan negara di Sukan Olimpik Paris 2024 pada Julai depan berdepan prestasi tidak menentu dalam dua kejuaraan terakhir sebelum ini.

Di Terbuka Singapura Super 1000 pada Mei lalu, Pearly-Thinaah dijinakkan pasangan nombor tiga dunia dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning, 10-21, 10-21 pada pusingan pertama dalam aksi 38 minit di Stadium Tertutup Singapura.

Sebelum itu, Pearly-Thinaah juga kecundang kepada beregu ranking 26 dunia dari Korea Selatan, Lee Yu-lim,-Shin Seung-chan, 16-21, 11-21 dalam aksi 45 minit di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Mei lalu.

Turut mara pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang bangkit menewaskan wakil China, Weng Hong Yang, 20-22, 21-9, 21-16 dalam aksi

Kemenangan Zii Jia yang berstatus nombor tujuh dunia ke atas lawan ranking ke-19 itu membolehkannya berdepan bintang Thailand, Kunlavut Vitidsarn.

Kunlavut yang menduduki tempat ke lapan dunia mara selepas menewaskan pemain India, Priyanshu Rajawat, 21-10, 21-17, dalam masa 49 minit.

KEPUTUSAN LAIN

PERSEORANGAN LELAKI

Leong Jun Hao tewaskan pemain Taiwan, Chou Tien Chen 21-18, 13-21, 21-17.

BEREGU LELAKI

Aaron Chia-Soh Wooi Yik (pilihan kelima) tewas kepada wakil Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han, 21-16 21-14.

Goh Sze Fei-Izzuddin Rumsani tewaskan wakil Indonesia, Leo Carnando-Daniel Marthin 16-21, 21-16, 21-12.

Man Wei Chong-Tee Kai Wun atasi beregu Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard 21-18, 19-21, 21-12

BEREGU CAMPURAN

Tan Kian Meng-Lai Pei Jing tewaskan wakil Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje 15-21, 23-21, 21-14.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Source link

OR

Scroll to Top