Pearly-Thinaah kini No. 2 dunia

Pearly-Thinaah kini No. 2 dunia


Pearly (kanan) dan Thinaah mendaki satu anak tangga untuk berada di tempat kedua dunia. Foto Agensi

BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah mendapat tonik tambahan menjelang Kejohanan Badminton Dunia di Paris akhir bulan ini apabila dinaikkan pangkat ke status nombor dua dunia.

Perkembangan tersebut dikongsi Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang menyaksikan finalis Terbuka Jepun itu naik satu anak tangga dari kedudukan ketiga sebelum ini.

Beregu China, Liu Sheng Shu-Tan Ning kekal sebagai pasangan nombor satu dunia manakala gandingan Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida di tangga ketiga.

Perubahan tersebut juga menyaksikan Pearly-Thinaah menjadi pasangan kedua negara yang berada dalam kelompok terbaik selepas Chin Eei Hui-Wong Pei Tty yang bergelar nombor satu dunia pada tahun 2009.

Pasangan itu beraksi cemerlang pada musim ini apabila mengungguli Terbuka Thailand Mei lalu, selain bergelar naib juara Terbuka Jepun, Indonesia Masters dan Terbuka Indonesia.

Kejohanan Dunia dijadual berlangsung di Paris bermula 25 Ogos hingga 1 September ini.



Source link

OR

Scroll to Top