Pearly-Thinaah mara ke suku akhir Terbuka Thailand

Pearly-Thinaah mara ke suku akhir Terbuka Thailand


Pearly (kanan) dan Thinaah mara ke suku akhir Terbuka Thailand selepas mengalahkan pasangan Indonesia di Bangkok pada Khamis. – Foto Agensi.

BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah melangkah ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Thailand 2025 di Bangkok.

Kemenangan tersebut bagaimanapun bukan diraih dengan mudah apabila pasangan negara yang berstatus kelima dunia dipaksa bekerja keras sehingga ke set penentuan.

Lanny Tria Mayasari-Siti Fadia Silva Ramadhanti tidak memberi laluan mudah buat Pearly-Thinaah sebelum tewas 1-2 dalam aksi pusingan kedua kejohanan berstatus Super 500 itu.

Dalam saingan di Stadium Nimibutr, Pearly-Thinaah bermula positif apabila menang 21-17 ke atas pasangan Indonesia itu.

Mereka bagaimanapun bagai hilang momentum apabila tumpas pada permainan kedua 10-21 untuk melanjutkan perlawanan ke set ketiga.

Pearly-Thinaah kemudian memperkemaskan corak permainan untuk mengesahkan kemenangan 21-15 dalam masa 56 minit perlawanan.

Dalam saingan suku akhir pada Jumaat, mereka bakal berdepan pemenang antara pasangan adik beradik dari Thailand, Benyapa-Nuntakarn Aimsaard atau Chen Qing Chen-Wang Ting Ge dari China.



Source link

OR

Scroll to Top