July 27, 2024

Pearly-Thinaah tidak diturunkan untuk Piala Uber


“Saya boleh kata 90 peratus (tidak diturunkan). Setakat ini yang kita tahu pemain senior Teoh Mei Xing tapi pemain lain kita akan lihat dahulu mungkin ada yang bermain bagi dua acara untuk lihat kelebihan mereka lebih kepada beregu atau sebaliknya termasuk pemain muda.

“Setakat ini secara prinsipal pihak pengurusan juga bersetuju (Pearly-Thinaah tidak diturunkan),” katanya ketika ditemui pemberita di ABM, Bukit Kiara, di sini, hari ini.

Pada Mac lepas, Rexy tidak menolak kemungkinan bahawa Pearly-Thinaah mungkin disisihkan daripada skuad Piala Uber 2024 bagi membantu mereka fokus kepada persiapan Sukan Olimpik 2024.

Malaysia, yang tidak pernah menjuarai Piala Uber dan turun selaku pilihan ke-10, bakal mengharungi laluan berliku pada edisi kali ini apabila diletakkan dalam Kumpulan B bersama pilihan keempat Thailand, Taiwan (pilihan keenam) dan Australia. – Bernama



Source link

OR

Scroll to Top