Paris: Adam Peaty menegaskan dia tidak menyesal mahupun berdendam dengan kekalahannya tipisnya dalam perebutan pingat emas buat kali ketiga dalam acara 100m kuak dada di Sukan kepada Nicolo Martinenghi dari Itali.
Peaty menangis teresak-esak selepas perlumbaan, memeluk erat anak lelakinya yang berusia tiga tahun dan teman wanitanya, Holly Ramsey dan dia berkata bahawa emosi berada bersama orang-orang terdekatnya yang menyebabkan air matanya mengalir.
“Saya rasa bila saya peluk (anak) George, sebaik sahaja saya melihat rambut kerintingnya, saya seperti sudah tiada. Saya menangis,” katanya.
“Mana-mana ibu bapa atau sesiapa sahaja yang merasai kasih sayang itu, ia adalah jenis kasih sayang yang berbeza, sesuatu yang tidak boleh diberikan oleh renang dan saya tidak mahu perkara itu menghantui saya lagi,” tambahnya.
Peaty memberi tumpuan kepada kesihatan mentalnya selepas bergelut dengan beberapa masalah dalam beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk kemurungan dan dia berulang kali menegaskan bahawa dia tidak lagi mencari kemenangan untuk memberi kepuasan kepadanya.
“Saya tidak mencari kemenangan ini untuk memberi saya kepuasan, ‘Oh, saya okey, saya pemenang dan ini menentukan keseluruhan perjalanan saya’. Saya sangat gembira untuk menyerahkan emas kepada Nicolo dan memeluknya,” tambahnya.
Perenang Itali berusia 24 tahun itu menang dengan hanya kelebihan 0.02 saat (s) dan margin kemenangan yang tipis menyebabkan Peaty berkongsi perak dengan Nic Fink dari Amerika.
“Dalam fikiran saya, sebelum perlumbaan, saya rasa, ia boleh menjadi apa saja tetapi saya tidak akan menjadi seseorang yang menghukum diri sendiri kerana 0.02 saat kerana itu bukan cara yang sihat untuk benar-benar merenung kerjaya yang saya lalui dan saya bersyukur atas apa yang saya miliki,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd