Pegawai bank maut, polis buru pemandu kereta langgar lari

Pegawai bank maut, polis buru pemandu kereta langgar lari


KUALA LUMPUR – Polis sedang mencari pemandu sebuah kenderaan yang melanggar lari seorang penunggang motosikal hingga maut akibat bergesel di Jalan Sungai Buloh-Subang, petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superitendan Ramsay Anak Embol berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pukul 5.45 petang.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku apabila motosikal mangsa jenis GPX Demon G200R datang dari arah Sungai Buloh menghala ke Shah Alam telah bergesel dengan sebuah kenderaan tidak pasti nombor pendaftarannya dari arah sama.

“Akibat kemalangan itu, mangsa berusia 20 tahun merupakan seorang pegawai khidmat pelanggan di sebuah bank di Shah Alam disahkan maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Ramsay, kejadian berlaku ketika mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke tempat kerja dan kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mana-mana saksı bebas atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Zaharizul bin Zamri di talian 019-3229097. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL



Source link

OR

Scroll to Top