Pegawai kadet UPNM cedera dakwa dibuli senior

Pegawai kadet UPNM cedera dakwa dibuli senior



am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Seorang pegawai kadet tahun dua di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), Universiti Pertahanan Nasional (UPNM), Sungai Besi dipercayai menjadi mangsa buli dan dera, baru-baru ini.

Menurut sumber, difahamkan mangsa yang mengambil jurusan kejuruteraan menjadi mangsa buli penuntut senior dan cedera dipercayai ditekap seterika.

“Bagaimanapun perbuatan itu terbongkar selepas pemeriksaan berkala dijalankan jurulatih yang bertugas ketika itu selepas menyedari kesan kecederaan pada tubuh mangsa,” katanya.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian itu.

Sebelum ini, pada 2017, negara digemparkan dengan kematian tragis pegawai kadet laut UPNM, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain akibat dibuli, dipukul dan diseksa apabila hampir keseluruhan anggota badannya berulang kali ditekap menggunakan seterika wap.

Susulan itu, enam bekas penuntut UPNM dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan pada 23 Julai lalu kerana didapati membunuh Zulfarhan.

ATM siasat dakwaan pegawai kadet ALK-UPNM cedera dibuliATM siasat dakwaan pegawai kadet ALK-UPNM cedera dibuli

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top