Peguam mohon suami Heliza Helmi dibebas dengan jaminan, risau janggut dipotong dalam tahanan

Peguam mohon suami Heliza Helmi dibebas dengan jaminan, risau janggut dipotong dalam tahanan


Prosiding Mahkamah Sesyen hari ini menyaksikan peguam Datuk Mohd Zamri Mohd Idrus memohon agar anak guamnya, Mahadi Badrul Zaman dibebas dengan jaminan kerana bimbang janggut panjangnya akan dipotong sekiranya ditahan.

Mohon dibebas dengan jaminan

Memetik laporan daripada Berita Harian, Mohd Zamri ketika berhujah bagi mengurangkan jumlah jaminan berkata, jika jaminan tidak dibenarkan dan Mahadi dipenjarakan, janggut panjangnya berkemungkinan dipotong.

“Ini akan memberi kesan kepadanya,” katanya.

Mohon dibebas dengan jaminan kerana bimbang janggut dipotong

Beliau turut memaklumkan Mahadi yang membantu mengendalikan jemaah umrah memberi kerjasama penuh sepanjang siasatan dan bukan individu berisiko melarikan diri, selain menanggung ibu yang menghidap kanser serta keluarga mentua.

Walau bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Danial Imran Nasaruddin memohon mahkamah mengambil kira kepentingan awam dan keyakinan pelabur sebelum membenarkan jaminan, dengan mencadangkan ikat jamin RM250,000 bersama dua penjamin serta syarat pasport diserah dan melapor diri setiap bulan di pejabat SC.

Susulan daripada itu, mahkamah kemudian membenarkan Mahadi diikat jamin RM50,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin serta memerintahkan semua syarat tambahan seperti dipohon pendakwaan.

dibebas dengan jaminan

Artikel lain: Didakwa berniaga sekuriti tanpa lesen, suami Heliza Helmi mengaku tak bersalah

Terdahulu, Mahadi yang juga suami kepada penyanyi dan aktivis, Heliza Helmi mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menjalankan urus niaga sekuriti tanpa lesen sah antara 14 Jun 2021 hingga 15 Februari 2024 di Sunway South Quay, Subang Jaya.

Jika sabit kesalahan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, beliau berdepan denda maksimum RM10 juta atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Berita Harian (Ahmad Johari Mohd Ali)





Source link

OR

Scroll to Top