rnoraina@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pejabat Ketua Pembangkang malam ini mengesahkan surat peletakan jawatan Datuk Seri Hamzah Zainudin yang tular di media sosial adalah palsu.
Perkara itu disahkan pegawai di Pejabat Ketua Pembangkang ketika dihubungi.
Terdahulu, tular dua surat menggunakan kepala surat Pejabat Ketua Pembangkang dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kononnya Hamzah meletakkan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang.
Kandungan surat itu memaklumkan pelepasan jawatan dibuat selepas peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mengambil kira realiti serta keperluan politik semasa.
Surat itu turut mendakwa keputusan dibuat selepas pertimbangan menyeluruh, demi memastikan kesinambungan kepimpinan dan kestabilan PN bergerak selari dengan hala tuju baharu di bawah Pengerusi yang akan dilantik kelak.
Hari ini, Muhyiddin mengesahkan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.
Selain Muhyiddin, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung PN dan Pengerusi Badan Perhubungan PN Selangor berkuat kuasa 1 Januari 2026.
Turut bertindak serupa ialah Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Pengerusi PN Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal dan Pengerusi PN Negeri Sembilan, Mohamad Hanifah Abu Baker.
Berita Berkaitan
- Muhyiddin sah letak jawatan Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari
- Pengerusi PN Johor pula letak jawatan
- Azmin Ali pula letak jawatan sebagai Setiausaha Agung PN
- Pas akan usulkan beberapa nama sebagai calon Pengerusi PN
- Tak semestinya Hadi bakal jadi Pengerusi PN
- Keputusan PN mesti diputus secara konsensus Majlis Tertinggi
- Terkini: Faizal Azumu umum letak jawatan
- Tindakan Muhyiddin berjiwa besar dan wajar dihormati – Ketua Pemuda Pas
- Terkini: Pengerusi PN Negeri Sembilan letak jawatan
- Perlis masih PN – Shahidan Kassim
- Muafakat Kerajaan Perpaduan lebih mantap, ikhlas, tiada khianat – Anwar
- 5 kali Muhyiddin secara konsisten ulangi kesediaan lepas jawatan – Annuar
- <a
© New Straits Times Press (M) Bhd






