Pekerja katering dituduh liwat 4 remaja lelaki

Pekerja katering dituduh liwat 4 remaja lelaki



am@hmetro.com.my

Butterworth: Seorang pekerja katering dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas enam pertuduhan meliwat dan melakukan amang seksual fizikal terhadap empat remaja lelaki antara Mac 2023 dan Mei tahun ini.

Tertuduh, Muhammad Haikal Hazwan Che Man, 24, yang masih bujang mengaku tidak bersalah dan mohon kesemua kesnya dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keenam, anak bongsu daripada tiga beradik itu didakwa melakukan amang seksual terhadap keempat-empat mangsa di sebuah bilik di Apartmen Permata di Bandar Perda, Bukit Mertajam, antara Mac 2023 hingga Mei tahun ini.

Pendakwaan bagi semua kesalahan itu dikemukakan mengikut Seksyen 14(b) dan Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin serta memerintahkan tertuduh supaya tidak mendekati serta mengganggu mangsa dan pengadu sehingga kes selesai.

Kes akan disebut semula 25 November ini untuk laporan perubatan dan laporan kimia.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top