Pekerja kilang ditahan kes liwat budak 4 tahun

Pekerja kilang ditahan kes liwat budak 4 tahun



am@hmetro.com.my

Johor Bahru : Polis, semalam, menahan seorang lelaki berusia 23 tahun bagi membantu siasatan kes liwat seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun.

Suspek warga tempatan itu ditahan di kawasan Taman Perindustrian Tampoi Jaya di sini, 3.20 petang.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, tangkapan dilakukan sepasukan polis dari Cawangan D9, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan selepas menerima maklumat.

“Siasatan awal mendapati suspek adalah anak kepada pengasuh mangsa yang dijaga sejak dua tahun lalu.

“Mangsa diliwat sebanyak dua kali sekitar Oktober lalu. Keluarga mangsa menyedari berlaku perubahan pada diri mangsa,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Katanya, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek yang juga pekerja kilang itu negatif dadah.

Pada masa sama, Raub menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dalam memilih penjaga bagi anak-anak dan melaporkan sebarang kejadian mencurigakan kepada pihak berkuasa.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top