Pelaburan stadium baharu, risiko jejas daya saing Manchester United

Pelaburan stadium baharu, risiko jejas daya saing Manchester United


Imej konsep rasmi pertama stadium baharu Manchester United dengan 100,000 tempat duduk. (Gambar kecil: Berrada)

KETUA Pegawai Eksekutif Manchester United, Omar Berrada, memberi amaran pelaburan kelab sebanyak 2 bilion pound (kira-kira RM12 bilion) untuk stadium baharu berpotensi menjejaskan perbelanjaan daya saing skuad The Red Devils dalam tempoh lima tahun.

Manchester United kini menduduki tangga ke-14 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menamatkan musim lalu di tangga kelapan.

Anak buah Ruben Amorim kini berdepan dilema kritikal untuk mengimbangi antara peningkatan infrastruktur dan prestasi pemain di padang.

“Itu adalah risiko. Jelas sekali, kami mahu mengelakkannya. Kami tidak mahu menghalang kemampuan kami untuk melabur dalam pasukan, supaya kami terus berdaya saing ketika membina stadium baharu,” kata Berrada.

Berrada menegaskan bahawa kelab akan berusaha sedaya upaya untuk kekal berdaya saing sepanjang tempoh pembinaan stadium berkapasiti 100,000 tempat duduk itu, yang akan menjadi stadium terbesar di Britain, bersebelahan Old Trafford.

“Terdapat pelbagai cara untuk mengatasinya, salah satu perkara yang kami sedang pertimbangkan adalah untuk memendekkan tempoh pembinaan supaya kami boleh memiliki stadium baharu dalam tempoh lima tahun, itu adalah matlamat kami,” kata Berrada.



Source link

OR