Pelajar 17 tahun cedera jatuh tergelincir dari tingkat lima PPAM

Pelajar 17 tahun cedera jatuh tergelincir dari tingkat lima PPAM


PUTRAJAYA – Seorang pelajar lelaki Tingkatan Lima cedera selepas jatuh tergelincir dari tingkat lima ketika cuba memasuki rumahnya yang berkunci dengan memanjat tembok.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz dalam satu kenyataan malam ini memaklumkan kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang tadi di Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Melinjau di Presint 11, di sini.

“Mangsa cuba memanjat balkoni pintu belakang rumah dan tergelincir jatuh dari tingkat lima akibat hujan lebat.

“Ketika itu, pintu berkunci dan kunci rumah ada pada ibu mangsa yang masih berada di bawah. Mangsa (cuba) memasuki rumah dengan memanjat tembok,” katanya.

Menurut Asmadi mangsa yang juga anak seorang pegawai polis itu dilaporkan stabil dan masih dalam pemantauan doktor di Hospital Putrajaya kerana terdapat pendarahan di kepala

Beliau berkata, pembedahan akan dijalankan jika terdapat respons yang baik oleh mangsa. – Bernama



Source link

OR

Scroll to Top