Pelakon Lelaki Popular Kantoi Dadah

Pelakon Lelaki Popular Kantoi Dadah


Seorang pelakon lelaki popular ditahan polis selepas ujian sariangan awal air kencingnya didapati positif dadah.

Memetik Harian Metro, sumber memberitahu pelakon berusia 40 an itu dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam semalam dan direman tiga hari sehingga esok.

“Difahamkan, dia ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen Akta 15(1)(a) Dadah Berbahaya 1952 susulan keputusan ujian saringan air kencing yang didapati positif.

“Kertas siasatan difahamkan sudah dilengkapkan dan dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.

Sumber turut memberitahu pelakon itu akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat.

Sebelum ini pelakon berkenaan pernah dijatuhi hukuman atas kesalahan menggunakan dadah jenis THC oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Bagaimanapun, pelakon itu itu terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan membenarkan dia membayar hukuman denda RM5,000.

Sumber: Harian Metro






Source link

OR

Scroll to Top