Pelanggan merungut sambal udang RM9.90 mahal, Ajak Shiro perjelas – “Ada petai sekali..”

Pelanggan merungut sambal udang RM9.90 mahal, Ajak Shiro perjelas – “Ada petai sekali..”


Pelawak dan juga ahli perniagaa, Ajak Shiro sentiasa terbuka menerima kritikan daripada orang ramai berhubung makanan di restorannya, Bumbu Babah.

Termasuklah baru-baru ini, Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak menyambut baik rungutan daripada salah seorang pelanggan yang berkata menu sambal udangnya mahal.

Bagaimanapun, dia berkata harga yang ditetapkan berpadanan memandangkan sambal tersebut mengandungi petai yang turut mempunyai kos tersendiri.

Pelanggan merungut sambal udang

Pelanggan merungut sambal udang

“Kalau nak kata mahal, nasi padang saya ini bermula dengan RM5 saja. Pada saya, kalau nak saya kurangkan lagi tak boleh. Kalau soal lauk pula, saya tengok paling mahal pun dalam RM7.
“Tapi ada yang RM4, RM5… cuma kalau udang ada mahal sikit tapi kalau korang datang daftar sebagai ‘member’ insya-Allah dapat lagi kurang.
“Nasi saya yang paling murah dengan set lauk bermula dengan RM11.90 saja dan yang mahal dalam RM14.90. Untuk sambal udang tu ada petai… petai pun mahal juga,” katanya kepada Astro Gempak, baru-baru ini.

Sehubungan itu, dia berkata akan memperbaiki sedia ada selain akan mempertingkatkan kualiti makanan kepada pelanggan yang menyokong perniagaannya.

Artikel lain: “Susah nak cari duit..” – Fizz Fairuz bawa anak-anak ke tempat ‘shooting’ dipuji ramai

Pelanggan merungut sambal udang

“Boleh saja nak complain… malah ada pelanggan yang complain depan saya. Cakap yang daging dendeng saya macam makan dinding. Sebab dia ada gigi palsu susah gigit dan saya cadangkan untuk dia ambil daging basah yang lebih lembut.
“Bagi saya complain ini perkara biasa. Saya suka dan tertarik dengan kehidupan saya sekarang sebagai peniaga. Saya rasa rapat dengan pelanggan-pelanggan saya. Setiap kali ada yang complain, saya takkan marah tapi saya akan perbaiki,” ujarnya.

Terdahulu, tular di media sosial seorang individu mengadu bahawa sambal udang petai berharga RM9.90 di restoran Bumbu Babah dianggap mahal, selain mendakwa saiz hidangan laut itu agak kecil.

Sumber: Astro Gempak (Asyikin Mayudin)





Source link

OR

Scroll to Top