Peluang dapatkan produk Acer pada harga RM1 di Acer Day 2024

Peluang dapatkan produk Acer pada harga RM1 di Acer Day 2024


Acer Day kembali lagi dengan lebih kemeriahan dan tawaran luar biasa khususnya buat mereka yang mengikuti tren teknologi terkini dan dunia permainan.

Acara tahunan yang dinantikan ini bakal berlangsung mulai 1 Ogos hingga 8 September 2024, bermula dengan jerayawara pembukaan di Concourse Plaza Low Yat, Kuala Lumpur.

Karnival besar-besaran ini meliputi seluruh negara, termasuk Lembah Klang, Pulau Pinang, Alor Setar, Kuantan, Sabah, Kuching, Miri, dan Johor Bahru.

Acer Day 2024 menjanjikan pelbagai aktiviti menarik dan diskaun hebat yang pastinya memikat hati peminat teknologi dan permainan video.

Jualan kilat, promosi hebat

Pengunjung bakal menikmati pelbagai tawaran hebat menerusi jualan kilat yang bakal berlangsung pada 3 Ogos bermula jam dua hingga empat petang.

Dengan diskaun sehingga 95 peratus, orang ramai berpeluang mendapatkan produk Acer seperti Acerpure Pro P3 bernilai RM5,599 pada harga RM1 sahaja.

Peluang ini terbuka kepada 50 pelanggan pertama yang beratur untuk jualan kilat Acer Day pada 3 Ogos 2024.

Buat mereka yang mencari produk teknologi berkualiti pada harga berpatutan, jualan kilat pada setiap Sabtu ini menawarkan barangan pada harga serendah RM1.99*.

Klik pautan ini untuk maklumat tarikh dan lokasi jualan kilat.

​​Selain itu, terdapat juga promosi istimewa di seluruh negara dengan diskaun sehingga RM500* dan jualan kilat mingguan di e-store dengan potongan sehingga RM1,400.

Pengunjung juga berpeluang menebus ganjaran bernilai sehingga RM650,000* mulai 1 Ogos hingga 30 September 2024. Untuk penebusan ganjaran, layari pautan ini.

*Tertakluk pada terma dan syarat. Sementara stok masih ada.

Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung


Peminat permainan video berpeluang menunjukkan bakat melalui aktiviti ‘AI’m For Dominance’. – FOTO Acer

Tidak tertumpu pada jualan kilat dengan diskaun hebat sahaja, pelbagai aktiviti interaktif turut disusun bagi memeriahkan Acer Day 2024 bertujuan menghubungkan peminat teknologi dan permainan video di seluruh negara.

Dengan tema ‘AI’m Limitless’, pengunjung akan dibawa meneroka dunia kecerdasan buatan dan teknologi canggih melalui beberapa aktiviti menarik.

Antaranya, aktiviti ‘AI’m Limitless’ yang mengajak pengunjung untuk mengambil gambar kreatif dan memuat naiknya di platform media sosial seperti Facebook, Instagram, dan TikTok berserta tanda pagar #AImlimitless #AImlimitlessMission #AcerDay2024 dan @my_acer2024.

Selain itu, pengunjung yang ingin mendalami penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI), aktiviti ‘AI’m The Learner’ memberikan peluang untuk mempelajari cara menggunakan Copilot pada komputer riba AI Acer.

Sesi ini akan memperkenalkan fungsi-fungsi canggih yang boleh membantu meningkatkan produktiviti harian pengguna.

Pengunjung juga akan diberi panduan langkah demi langkah dan demonstrasi praktikal yang mudah difahami.

Bagi peminat permainan video, aktiviti ‘AI’m For Dominance’ menawarkan peluang untuk menunjukkan kemahiran dalam siri cabaran atau pertandingan permainan.

Sama ada pemain kasual atau kompetitif, aktiviti ini pasti akan menguji kemampuan dan strategi permainan setiap peserta.

Lebih menarik, pengunjung yang berjaya mengatasi cabaran atau memenangi pertandingan akan menerima ganjaran istimewa daripada Acer.

Tidak ketinggalan, pengunjung juga dapat menguji pengetahuan mereka tentang produk Acerpure F2 Air Circulator Fan melalui aktiviti ‘AI’m The Simple Pure’.

Pengunjung hanya perlu mengenal pasti kenyataan sebenar tentang produk tersebut daripada slip kertas yang terdapat dalam lubang yang ditetapkan dalam masa yang diberikan.

Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan malah mendidik pengunjung tentang ciri-ciri unik dan kelebihan produk Acer.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai aktiviti menarik ini dan nikmati pelbagai ganjaran dan diskaun eksklusif hanya di Acer Day 2024.

Untuk maklumat terkini berkaitan Acer Day 2024, ikuti laman sosial media rasmi Acer di Facebook dan Instagram.

© New Straits Times Press (M) Bhd





Source link

OR

Scroll to Top