Peluang Fei-Din pulih kredibiliti selepas musim ‘roller coaster’

Peluang Fei-Din pulih kredibiliti selepas musim ‘roller coaster’


Peluang Fei-Din pulih kredibiliti selepas musim ‘roller coaster’

Sze Fei-Nur Izzuddin kini berpeluang menutup musim mengecewakan dengan meraih gelaran Jelajah Dunia Super 500 di Sydney. Foto Agensi

GOH Sze Fei–Nur Izzuddin Rumsani kembali mempamerkan semangat juang kental apabila mengetepikan gandingan Korea–Malaysia, Choi Sol Gyu–Goh V Shem dalam pertarungan tiga set penuh tekanan, sekali gus menempah slot ke separuh akhir Terbuka Australia.

Kemenangan itu memberi bayangan jelas bahawa mereka masih berupaya bersaing dalam kelompok utama walaupun gagal melayakkan diri ke Final Jelajah Dunia BWF bulan depan.

Setakat ini, gandingan yang mesra dengan panggilan Fei–Din itu hanya meraih satu gelaran di Terbuka India selain muncul naib juara Terbuka Jepun, satu rekod yang belum mencerminkan potensi sebenar mereka sepanjang musim yang penuh turun naik.

Aksi di Sydney hari ini menjadi peluang penting untuk memperkukuhkan kembali imej serta momentum sebelum musim melabuhkan tirai, namun laluan mereka jauh daripada mudah.

Menanti Sze Fei-Nur Izzuddin di separuh akhir ialah Raymond Indra–Nikolaus Joaquin.

Gandingan Indonesia itu menyingkirkan pemain naungan Persatuan Bandminton Malaysia (BAM) Man Wei Chong–Tee Kai Wun.

Raymond-Nikolaus dijangka hadir dengan keyakinan tinggi dan mampu menghadirkan ancaman sekiranya Sze Fei-Nur Izzuddin gagal mengekalkan disiplin permainan.

Menjelang pertemuan itu, Sze Fei-Nur Izzuddin perlu bermula dengan tempo pantas, mengurus tekanan dengan lebih berkesan dan meminimumkan kesilapan mudah jika mahu memastikan kemaraan mereka tidak terhenti di separuh akhir.

Ringkasan AI

  • Goh Sze Fei–Nur Izzuddin Rumsani menewaskan gandingan Korea–Malaysia, Choi Sol Gyu–Goh V Shem untuk ke separuh akhir Terbuka Australia
  • Kemenangan menunjukkan mereka masih boleh bersaing walaupun gagal ke Final Jelajah Dunia BWF
  • Fei-Din memiliki satu gelaran di Terbuka India dan naib juara Terbuka Jepun
  • Pertemuan penting dengan Raymond Indra–Nikolaus Joaquin di separuh akhir
  • Gandingan Indonesia itu mengalahkan Man Wei Chong–Tee Kai Wun dari Persatuan Badminton Malaysia



Source link

OR

Scroll to Top