Pemain asal Kelantan diharap balik dan bermain untuk negeri – Annuar Musa

Pemain asal Kelantan diharap balik dan bermain untuk negeri – Annuar Musa


KOTA BHARU – Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mahu pemain berasal dari negeri ini kembali menabur bakti bersama pasukan Che Siti Wan Kembang.

Annuar menzahirkan kenyataan itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook miliknya pada Khamis.

“Saya harap lebih ramai pemain berasal Kelantan bersedia untuk balik dan bermain untuk Kelantan,” katanya.

Annuar merupakan bapa pembangunan bola sepak Kelantan yang telah berjaya membawa transformasi luar biasa kepada sukan di negeri ini apabila merangkul kejuaraan Piala Malaysia pertama pada 2010.

Ia sekali gus menamatkan penantian selama 89 tahun untuk menjulang piala paling berprestij di tanah air itu.

Kelantan terus mencipta kegemilang dibawah teraju Annuar apabila meraih beberapa lagi kejayaan dalam arena bola sepak negara.

Paling manis Kelantan melakar sejarah baharu bola sepak di negeri Serambi Makkah ini dengan meraih kejuaraan treble pada tahun 2012 sekali gus melengkapkan zaman gemilang bawah pimpinan Annuar.

Selain itu, Kelantan turut gah di Piala AFC apabila layak sehingga ke saingan suku akhir pada tahun 2012, namun tewas kepada kelab Iraq iaitu Arbil FC.



Source link

OR

Scroll to Top