Pemain Harimau Malaya curi perhatian Amorim

Pemain Harimau Malaya curi perhatian Amorim


KUALA LUMPUR, 28 Mei — Pemain ASEAN All-Stars Sergio Aguero dikasari pemain Manchester United Casemiro pada perlawanan Piala Cabaran Maybank Malaysia 2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.
Keputusan setakat ini, ASEAN ALL- Stars 0-0 Manchester United.
— fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

PEMAIN naturalisasi Malaysia, Sergio Aguero, menjadi antara watak penting dalam kejayaan pasukan ASEAN All-Stars menewaskan gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United, dalam perlawanan Piala Cabaran Maybank yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Rabu.

Perlawanan persahabatan itu menyaksikan ASEAN All-Stars mencipta kejutan apabila menundukkan skuad kendalian Ruben Amorim dengan keputusan 1-0 hasil jaringan tunggal pemain Myanmar, Mg Mg Lwin, pada minit ke-71.

Namun, di sebalik keputusan tersebut, perhatian turut tertumpu kepada persembahan mantap Sergio Aguero di posisi tengah.

Pengendali Manchester United, Ruben Amorim, dalam sidang media selepas perlawanan secara terbuka memuji keupayaan pemain Harimau Malaya itu yang dilihat sebagai tonggak penting dalam mengatur rentak permainan pasukan ASEAN.

“Pemain ASEAN All-Stars sangat bagus. Mereka bertahan dengan baik. Saya melihat Sergio Aguero juga merupakan seorang pemain yang bagus.

“Dia berjaya mengawal bahagian tengah dengan baik. ASEAN All-Stars berhak untuk menang,” katanya kepada Stadium Astro.

Perlawanan menentang ASEAN All-Stars tersebut merupakan salah satu aksi daripada kempen jelajah pasukan itu ke Asia dan selepas ini mereka akan terbang ke Hong Kong untuk menentang pasukan pilihan Hong Kong pada Jumaat.



Source link

OR

Scroll to Top