‘Pemain juga manusia, ada perasaan’ – PFAM

‘Pemain juga manusia, ada perasaan’ – PFAM


Muhammad Haziq dikritik teruk sehingga ada yang mendoakannya supaya lumpuh selain kritikan melibatkan anak-anak sehingga isterinya, iaitu Eyra Hazali tampil meluahkan kekecewaan dengan sikap segelintir netizen itu.

PERSATUAN Pemain-Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) menggesa warganet supaya dapat menjaga tutur kata di media sosial selain memberikan kritikan yang membina kepada pemain dan bukan kecaman melampau.

Persatuan itu dalam satu kenyataan menyebut, kritikan melampau menjadi satu budaya buli siber yang semakin membimbangkan sehingga mencederakan emosi serta kesejahteraan mental pemain dan ahli keluarga mereka.

“PFAM menyeru semua penyokong bola sepak agar menjaga tutur kata, sama ada di stadium atau di media sosial.

“Kritik dengan adab dan hormat, jangan libatkan keluarga atau mendoakan keburukan. Ingat, pemain juga manusia yang punya perasaan,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, kritikan melampau terhadap pemain bola sepak sering berlaku dan terbaharu membabitkan penjaga gol kebangsaan, Muhammad Haziq Nadzli susulan menjadi punca kekalahan Harimau Malaya kepada Thailand dalam aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN.

Muhammad Haziq dikritik teruk sehingga ada yang mendoakannya supaya lumpuh selain kritikan melibatkan anak-anak sehingga isterinya, iaitu Eyra Hazali tampil meluahkan kekecewaan dengan sikap segelintir netizen itu.

PFAM berkata, peminat bola sepak perlu memahami bahawa pemain juga manusia biasa yang berhak dihormati.

“Sokongan positif dan kritikan membina adalah lebih bermanfaat berbanding penghinaan atau ugutan.

“Menerusi usaha bersama, buli siber terhadap pemain bola sepak dan keluarga mereka dapat dikurangkan, sekali gus membentuk persekitaran sukan yang lebih sihat dan harmoni di Malaysia,” katanya.



Source link

OR

Scroll to Top