September 8, 2024

Pemain, jurulatih sepak takraw kebangsaan dapat imbuhan RM10,000

Pemain, jurulatih sepak takraw kebangsaan dapat imbuhan RM10,000


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian imbuhan sebanyak RM10,000 kepada setiap pemain dan jurulatih sepak takraw kebangsaaan yang berjaya memenangi pingat emas dan merangkul juara berganda dalam Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw Tahun 2024 pada Mei lepas.

Perdana Menteri membuat pengumuman tersebut selepas bertemu dengan pasukan sepak takraw itu.

“Sekalung tahniah dan penghargaan tertinggi buat seluruh anggota pasukan sepak takraw kebangsaan yang telah mengharumkan nama negara serta melonjakkan imej serta standard sukan sepak takraw kebangsaan di persada dunia,” katanya dalam hantaran di Faceebook.

Dalam pertemuan itu, Anwar turut membincangkan keperluan mewujudkan stadium sepak takraw negara, status sukan sepak takraw sebagai sukan bukan teras, peluang melanjutkan pelajaran serta kerjaya dan kebajikan atlet sepak takraw. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top