Pemain kacukan baru masih misteri, kemungkinan DNA Barcelona

Pemain kacukan baru masih misteri, kemungkinan DNA Barcelona



mohdsyazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Siapa pemain warisan baru yang bakal menyarung jersi skuad Harimau Malaya dalam tempoh terdekat ini masih lagi menjadi tanya.

Walaupun Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sudah memberikan bayangan enam atau tujuh pemain warisan atau ‘heritage’ itu dari negara Eropah Selatan selain turut mewakili liga utama, sehingga kini tiada sebarang data atau perkembangan terperinci mengenai perkara terbabit.

Berdasarkan peta dunia, selatan Eropah terdiri daripada negara kuasa besar seperti Sepanyol, Portugal, Itali, Perancis selain negara Mediterranean.

Malah, tinjauan Arena Metro terhadap pemain warisan yang pernah popular atau meletup satu ketika dahulu rata-rata berasal dari England dan Belanda.

Hanya beberapa pemain saja paling hampir memenuhi kriteria iaitu membabitkan tonggak berdarah Sepanyol, tetapi memiliki keturunan Malaysia iaitu Naim Garcia dari kelab Barcelona.

Pemain terbabit dikatakan beraksi di posisi tengah menyerang, sekali gus menepati kriteria ditetapkan Tunku Mahkota Ismail sebelum ini.

Seorang lagi pemain yang pernah menjadi sebutan adalah penyerang muda iaitu Noah Andrew Kat yang memiliki darah Malaysia dan Portugal.

Selain itu, nama Ramon Rodriguez Jimenez atau lebih dikenali sebagai Monchu pula timbul baru-baru ini dengan pemain terbabit dikatakan berasal dari Sepanyol.

Latar belakang pemain berusia 25 tahun itu cukup mantap kerana pernah beraksi bersama Barcelona, Girona dan Valladolid.

Ketika ini, pemain yang beraksi di posisi tengah dan penyerang adalah tonggak kepada Aris FC iaitu kelab berpengkalan di Greece.

Secara keseluruhan, tiga pemain terbabit dilihat berasal dari negara Eropah Selatan dan ketika ini masih aktif beraksi untuk kelab masing-masing.

Sebelum ini, Tunku Mahkota Ismail mendedahkan Harimau Malaya bakal diperkuatkan sekurang-kurangnya enam pemain warisan gred A.

Jika semula berjalan lancar maka, skuad kendalian Peter Cklamovski bakal tampil selaku pasukan ‘terkuat’ dalam saingan Kelayakan Piala Asia 2027 bermula Mac depan.

Pada masa sama, baginda menjelaskan posisi kritikal dan bermasalah seperti pertahanan tengah, pertahanan kiri, penyerang, pemain tengah, pemain tengah menyerang dan pemain sayap kiri menjadi keutamaan untuk diisi pemain kacukan itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top