ARNE Slot menganggap keputusan pasukannya tidak menyertai Piala Dunia Kelab Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) di Amerika Syarikat musim panas ini bukan satu kerugian.
Menurut Slot, dengan jadual padat musim ini, pemain memerlukan rehat yang mencukupi dan bukannya terlibat dalam satu lagi kejohanan baharu.
“Adakah benar-benar perlu ada satu lagi kejohanan untuk pemain yang sudah melalui musim yang panjang?
“Saya tidak fikir ia baik untuk kesihatan mereka,” ujarnya pengendali dari Belanda itu.
Slot turut menyokong pandangan pengurus Manchester City, Pep Guardiola yang sebelum ini lantang mengkritik kepadatan jadual perlawanan.
Sementara itu, Slot yang baru menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Liverpool menegaskan pasukannya perlu terus meningkatkan kualiti, termasuk membawa masuk pemain baharu bagi mengekalkan daya saing pada musim depan.
“Bawa masuk pemain baru? Sudah tentu,” kata Slot.