Pemain Sepanyol layak dapat Ballon d’Or

Pemain Sepanyol layak dapat Ballon d’Or


PEMAIN skuad juara Euro 2024, Sepanyol selayaknya menerima Anugerah Ballon d’Or selepas memperagakan persembahan konsisten sepanjang temasya terutamanya di pentas final Olympiastadion, Berlin, Jerman pada Isnin.

Jelas pemain terbaik kejohanan Rodri, tiada pemain La Roja juara empat edisi Euro memenangi anugerah berprestij tersebut sejak era 1960, bintang Barcelona, Luis Suarez walaupun didominasi gergasi kejuaraan La Liga Sepanyol selepas itu.

Lebih malang era generasi emas La Roja yang memenangi Piala Dunia 2010, Euro 2008 dan 2012 juga gagal menonjolkan diri dalam kalangan penerima anugerah tersebut yang dibutirkan bintang Real Madrid, Karim Benzema berstatus Perancis pada 2022.

Malah kemenangan 2-1 ke atas pasukan berprofil tinggi England dalam perlawanan akhir yang diperkuatkan juga pemain berstatus bintang seperti Jude Bellingham dan penjaring gol terbanyak sepanjang zaman The Three Lions, Harry Kane, dineutralkan pemain muda kejohanan itu Lamine Yamal yang berusia 17 tahun.

Sepanyol bukan sahaja memastikan kejuaraan Eropah keempat – 1964, 2008, 2012 dan 2024 – yang sempurna apabila memenangi kesemua tujuh perlawanan di Jerman, tetapi juga menjaringkan 15 gol, terbanyak dalam kalangan pasukan Euro.

“Sejujurnya bola sepak Sepanyol layak memenangi Ballon d’Or.

“Jika tanya, saya ingin pemain Sepanyol memenanginya, tidak kisah siapa kerana sesuatu yang hebat,” kata pemain Manchester City itu.

Ditanya mengenai peluangnya untuk memenangi anugerah itu, Rodri berkata: “Saya pernah mendengar bahawa (pemenang Liga Juara-Juara Real Madrid) Dani Carvajal juga berhak mendapatnya.

“Dari sudut pandangan individu, saya sangat berbangga dengan usaha dilakukan dan pengiktirafan. Tetapi penilaian perlu dilakukan orang lain.”

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Source link

OR

Scroll to Top