Pemandu bas ekspres langgar Perodua Alza, cedera dipukul

Pemandu bas ekspres langgar Perodua Alza, cedera dipukul



am@hmetro.com.my

Kluang: Polis membuka dua kertas siasatan susulan kejadian pemandu bas ekspres cedera dipukul dua lelaki yang tidak berpuas hati kerana melanggar Perodua Alza dinaiki mereka di Kilometer 58.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang dan pihaknya menerima tiga laporan polis daripada kedua-dua pihak berhubung insiden itu.

“Siasatan awal mendapati dua lelaki tempatan dipercayai bertindak mencederakan seorang lelaki tempatan yang juga pemandu bas kerana berang selepas berlakunya kemalangan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Rule 10 LN166/59.

Terdahulu, satu klip video papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan merakam insiden pemandu bas diserang oleh dua lelaki tular di media sosial dan meraih perhatian netizen.

Turut tular, gambar dipercayai kesan kecederaan pada tangan kanan pemandu bas kerana diserang dengan sebatang objek dipercayai kayu oleh salah seorang suspek.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top