September 8, 2024

Pemandu bas tular memandu secara berbahaya dikenakan kompaun RM300

Pemandu bas tular memandu secara berbahaya dikenakan kompaun RM300


GERIK – Seorang pemandu bas ekspres yang tular videonya di media sosial kerana dipercayai memandu secara bahaya di Lebuhraya Timur-Barat dekat sini baru-baru ini telah dikenakan kompaun RM300 pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, kompaun yang dikenakan ke atas pemandu terbabit adalah bawah kesalahan Peraturan 6(1) Kaedah-Kaedah Lalu lintas Jalan 1959 (Rule 6(1) LN 166/59).

“Pemandu terbabit yang juga orang kena saman (OKS) telah datang memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik pada 2 Jun lalu dan dikenakan kompaun pada hari yang sama,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak, Mohammad Yusoff Abustan ketika dihubungi berkata, di pihak JPJ tindakan perundangan juga boleh diambil ke atas pemandu terbabit mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan selain Seksyen 40 Akta sama iaitu memandu melebihi had laju.

Bagaimanapun, beliau berkata, bagi mengelakkan situasi double jeopardy iaitu setiap individu tidak boleh dihukum lebih daripada sekali untuk kesalahan yang dilakukan maka tiada tindakan diambil oleh pihak JPJ ke atas pemandu terbabit.

Pada Sabtu, tular video memaparkan tindakan seorang pemandu bas ekspres yang memandu secara berbahaya ketika cuba memotong sebuah treler di laluan berselekoh serta bergarisan putih berkembar.

Kejadian tular itu menyebabkan pemandu bas berusia 36 tahun yang bekerja dengan syarikat pengendali bas Konsortium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara) sejak dua tahun lalu sudah digantung tugas oleh syarikat bas itu. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top