Pemandu lori maut dihempap timbunan kayu

Pemandu lori maut dihempap timbunan kayu


MANJUNG – Seorang pemandu lori maut selepas dihempap timbunan kayu di sebuah kilang kayu di Ayer Tawar, dekat sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian membabitkan lelaki berusia 41 itu pada jam 11.20 pagi.

Katanya, hasil siasatan mendapati, ketika kejadian, saksi yang juga majikan mangsa telah terdengar bunyi dentuman seperti kayu-kayan yang terjatuh ke lantai.

Kata beliau, selepas diperiksa, saksi terlihat seperti ada individu telah berada di bawah timbunan kayu berkenaan sebelum segera mengalihkannya.

“Mangsa yang merupakan pemandu lori di kilang berkenaan berjaya dibawa keluar dari timbunan kayu itu tetapi tidak memberikan sebarang tindak balas.

“Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Justeru, Mohamed Nordin meminta orang ramai untuk tidak menular atau memanipulasi kejadian itu kerana ia masih dalam siasatan polis. – MamalysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top