Pemandu mabuk langgar penghantar makanan ada 22 rekod kesalahan trafik 

Pemandu mabuk langgar penghantar makanan ada 22 rekod kesalahan trafik 


JOHOR BAHRU: Seorang pemandu kereta yang merempuh seorang penghantar makanan sehingga maut di Taman Desa Jaya, di sini awal pagi semalam mempunyai 22 rekod kesalahan trafik.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd. Sohaimi Ishak berkata, antara kesalahan pemandu lelaki berusia 25 tahun ialah lesen memandu tamat tempoh, tidak mempamerkan pelekat P serta mengubah suai struktur kenderaan.

“Suspek masih dalam tahanan reman sehingga Rabu ini dan kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Semalam suspek ditahan selepas merempuh seorang lelaki yang cuba membantu seorang penunggang motosikal warga asing yang maut selepas terbabit kemalangan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Desa Jaya, di sini. – UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top