Pembantu peribadi dakwa dicederakan pelakon

Pembantu peribadi dakwa dicederakan pelakon



harisfadli@hmetro.com.my

Gombak: Pembantu peribadi kepada seorang pelakon wanita membuat laporan polis pada Rabu mendakwa dicederakan oleh selebriti terbabit.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, wanita berusia 28 tahun itu mendakwa diserang menggunakan senjata dan diugut dalam kejadian di sekitar Batu Caves.

“Mangsa mendakwa dicederakan serta diugut menggunakan senjata oleh majikan (pelakon) dan sepupu suspek iaitu seorang wanita berusia 30 tahun di pejabat suspek.

“Kejadian dipercayai berlaku berpunca kerana mangsa dikatakan mencampuri urusan rumah tangga suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka dan lengan, serta mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan. Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Sarjan Shahreen Yasin di talian 0182475864,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top