Pemburu tertembak rakan sendiri yang disangka babi

Pemburu tertembak rakan sendiri yang disangka babi


Seoul: Polis Korea pada Isnin mengesahkan seorang pemburu berusia 40-an mati ditembak selepas disalah anggap sebagai babi oleh pemburu lain, yang juga rakan si mati, di Yeoncheon, wilayah Gyeonggi, Korea Selatan, baru-baru ini.

The Korea Herald yang memetik polis Yeoncheon melaporkan, pada kejadian 11.35 malam 6 Oktober lalu, seorang lelaki berusia 40-an melepaskan senapang ke arah sasaran yang disangka babi hutan.

Tetapi peluru itu mengenai kepala rakannya juga pemburu ketika rakannya itu bertindak sebagai pengesan binatang buruan.

Mangsa parah dan kemudian disahkan meninggal dunia di hospital berhampiran.

Mereka berdua adalah sebahagian daripada pasukan pemburu membabitkan tiga orang.

Semua mereka berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan untuk memusnahkan babi hutan.

Mereka dihantar untuk tugasan memburu babi hutan selepas laporan mengenai kehadiran haiwan itu di kawasan berkenaan.

Semasa siasatan polis, penembak dilaporkan berkata, memang terdapat seekor babi hutan muncul, tetapi dia tersilap melepaskan tembakan itu kerana keadaan gelap.

Polis mendakwa penembak itu atas tuduhan membunuh tanpa niat dan sedang menyiasat kejadian berkenaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top