Pemimpin BN tolak cadangan Hamzah, sifatkan ‘Perikatan Barisan Nasional’ tak relevan

Pemimpin BN tolak cadangan Hamzah, sifatkan ‘Perikatan Barisan Nasional’ tak relevan

Pemimpin BN tolak cadangan Hamzah, sifatkan ‘Perikatan Barisan Nasional’ tak relevan


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menegaskan istilah “Perikatan Barisan Nasional” (PBN) yang dicadangkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin tidak relevan kerana kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) hanyalah bersifat persefahaman pilihan raya, bukannya pembentukan gabungan politik baharu.

Bukan sebahagian daripada yang dibincangkan

Memetik laporan daripada Malaysia Gazette, beliau menyatakan, cadangan itu juga bukan sebahagian daripada perkara yang pernah dibincangkan oleh kepimpinan BN.

“Kita (BN) hanya mengadakan kerjasama antara Barisan Nasional dengan Perikatan Nasional.
Oleh itu, kenyataan beliau (Hamzah) itu di luar daripada konteks kita bincangkan sebelum ini. Bagi saya istilah itu tidak relevan, ia hanya gabungan semasa ini. Saya pun tak tahu apa tafsiran dia (Hamzah),” katanya.

Wan Rosdy berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Hamzah agar persefahaman antara PN dan BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dikenali sebagai Perikatan Barisan Nasional.

Walau bagaimanapun, cadangan tersebut setakat ini tidak mendapat sokongan daripada pimpinan tertinggi BN yang memilih untuk meneruskan kerjasama atas dasar persefahaman tanpa sebarang penjenamaan baharu.

Kepimpinan tak pernah setuju

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki turut senada apabila menegaskan nama Perikatan Barisan Nasional tidak pernah dibincangkan atau dipersetujui oleh kepimpinan BN.

Sebaliknya, beliau berkata kerjasama yang terjalin hanyalah untuk mengelakkan pertindihan kerusi dan memperkukuhkan peluang kemenangan pada PRN Negeri Sembilan.

“Mengenai Perikatan Barisan Nasional itu kenyataan dia. Kami kepimpinan tak pernah setuju.

“Biar kita bekerjasama dan mempunyai kesefahaman, tidak bertindih kerusi dan sama-sama menang dalam PRN Negeri Sembilan.
“Kalau kita boleh bekerjasama dengan baik, insya-Allah Negeri Sembilan menjadi permulaan dan pencetus kepada suatu penyatuan yang didambakan oleh umat Islam keseluruhannya,” katanya.

Dalam pada itu, Asyraf turut menyeru semua pihak agar mengikhlaskan kerjasama yang dibentuk demi memastikan gabungan tersebut kembali kukuh dan berpeluang mentadbir negeri sekiranya diberikan mandat oleh rakyat.

“Kita kena ikhlaskan. Kita minta Allah rahmati kerjasama ini dan mudah-mudahan dipermudahkan.
Jangan lupa 1 Ogos. Bila keputusan diumumkan malam itu, saya nak tengok calon-calon kita menyumbang kepada pembentukan kerajaan Barisan Nasional Negeri Sembilan,” katanya.





Source link

OR

Scroll to Top