Peminat suruh kahwin: Dayang Nurfaizah tergelak, Hael Husaini tidak percaya

Peminat suruh kahwin: Dayang Nurfaizah tergelak, Hael Husaini tidak percaya

Peminat suruh kahwin: Dayang Nurfaizah tergelak, Hael Husaini tidak percaya


KUALA LUMPUR: Penyanyi, Dayang Nurfaizah hanya tergelak ketika peminat bersorak memintanya untuk berkahwin dengan Hael Husaini ketika kemunculannya di konsert Hael Husaini & Repertoire pada Jumaat.

Dayang atau Dayang Nurfaizah binti Awang Dowty, 44, menyifatkan tindakan peminatnya sebagai sesuatu yang comel dan menganggap ia sekadar gurauan. 

“Bila dengar itu saya tergelak, sangat comel, terima kasih. Saya fikir kita kena hormat peminat jika mereka mahu padankan kita dengan sesiapa. Perkara ini bukan hanya terjadi di Malaysia, malah juga di Hollywood. Peminat suka ‘ship’ (kenenkan) artis. 

“Saya harap mereka terus sokong saya dan Hael cuma tiada apa yang boleh saya katakan selain terima kasih dan doakan yang baik-baik,” katanya pendek. 

Dayang dan Hael ditemui Utusan Malaysia semasa konsert Hael Husaini & Repertoire di Zepp Kuala Lumpur, semalam. 

Bagaimanapun, Hael atau Hal Husaini Razmi, 37 tidak percaya sorakan itu ditujukan buatnya dan Dayang tetapi kepada pasangan selebriti lain yang turut hadir pada malam itu.

“Saya tidak rasa mereka bersorak untuk saya dan Dayang, mungkin ditujukan untuk pasangan lain. Tak apa, saya melihat itu sebahagian daripada bagaimana lagu-lagu saya diraikan. 

“Lagu-lagu saya ada yang sedih dan ada juga yang meraikan kebahagian. Bila orang mendoakan, itu ada kejayaan terbesar saya pada malam ini,” tambahnya.

Terdahulu, seisi Zepp Kuala Lumpur menjadi riuh-rendah apabila peminat mula bersorak ‘kahwin’ beberapa kali ketika persembahan Hael dan Dayang Nurfaizah. Dayang hadir memeriahkan konsert sulung Hael dengan menyanyikan dua buah lagu iaitu Haram dan Hari Ini

Sebelum ini, khabar angin kononnya dua selebriti itu sedang mempunyai hubungan istimewa diperkatakan apabila masing-masing memberi petanda sudah tidak lagi solo dan sedang mengenali seseorang.

Malah sekitar Jun, heboh dakwaan kononnya Dayang sudah bertunang namun masing-masing menafikan khabar angin tersebut selain menegaskan mereka hanya sekadar sahabat. -UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top