July 27, 2024

Pemuda Pas Selangor serah kepada polis siasat Hezry Yasin

Pemuda Pas Selangor serah kepada polis siasat Hezry Yasin


KUALA LUMPUR – Pemuda Pas Selangor menyerahkan kepada polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan lanjut berhubung kenyataan Hezry Yasin.

Setiausahanya, Aubidullah Fahim berkata, kini terserah kepada polis untuk mengambil tindakan lanjut ke atas bekas ahli jawatankuasa mereka yang terpalit dengan isu berkait Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

“Pemuda Pas Selangor menyerahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib Pas untuk mengambil sebarang tindakan yang wajar sekiranya tindakan saudara Hezry itu melanggar displin parti.

“Bagi melunasi proses undang-undang, kami memberi sepenuh kepercayaan kepada PDRM bagi menjalankan siasatan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beberapa hari lalu tular hantaran Hezry yang menceritakan bagaimana dia tidak menadah tangan untuk mengaminkan doa buat Sultan Johor, Sultan Ibrahim yang kini merupakan Yang di-Pertuan Agong.

Pemilik akaun media sosial tersebut mendakwa doanya hanya diberi kepada pemimpin yang meletakkan agama sebagai nombor satu serta memperjuang dan mempertahankan Islam ketika agama diancam. – MalaysiaGazette

Wanita UMNO gesa kerajaan ambil tindakan terhadap “Hezry Yasin”



Source link

OR

Scroll to Top