Pemuda UMNO Arau redah banjir sampaikan bantuan

Pemuda UMNO Arau redah banjir sampaikan bantuan


ARAU: Pemuda UMNO Bahagian Arau bertindak pantas meninjau dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir yang terjejas dengan bencana tersebut sejak malam tadi.

Pemuda UMNO Bahagian Arau yang diketuai pemangku Ketua Pemudanya, Ahmad Nazrin Abdul Aziz meredah banjir bersama ahli jawatankuasa sayap pemuda bahagian itu bagi menyampaikan bantuan makanan kepada mangsa di 30 buah rumah di Kampung Jelempok dan Paloh di sini hari ini.

Mereka juga sentiasa bersiap sedia bagi membantu mangsa terlibat memandangkan banjir dijangka bertambah buruk ekoran hujan yang masih berterusan di negeri ini.

Setakat pukul 5 petang hari ini, sebanyak 45 mangsa membabitkan 15 keluarga telah dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka Sekolah Kebangsaan (SK) Arau dan SK Sena.

Ahmad Nazrin berkata, Pemuda UMNO Arau sentiasa berada dalam keadaan siap sedia bagi membantu mangsa yang terlibat.

Katanya, mangsa banjir dijangka meningkat berikutan hujan yang masih berterusan.

“Kita (Pemuda UMNO Arau) sentiasa cakna dalam membantu mangsa-mangsa yang terjejas ini,” katanya.-UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top